Sabtu, 14 Disember 2013

Love

Cinta, anugerah teragung dr Allah kepada hambanya.
Bahkan haiwan yg xpunya akal juga kenal ape itu cinta.
Cinta teragung pastinya cinta Allah kepada kekasihnya, sehinggakan dunia ini dicipta semata-mata kasihnya Allah pada nur Muhammad SAW. Telah diceritakan bagaimana moyang kita Adam AS milik siapakah nama yg terletak di atas arasy Allah bersebelahan dgan nama Allah, iaitu Muhammad SAW.
cinta yg suci adalah pilihan dari Allah...

Sekian lama jasad ini menjalani kehidupan sebagai seorang hamba, kini baru aku faham ape itu cinta dr kedua ibu bapaku..
Sebelum ni mmg benar syg akan ibu dan ayah tetapi, semakin kita dewasa barulah kita faham akan nilai cinta mereka trhadap kita...

Diri ini terasa lemah, acapkali tersentak dek kegagalan malah gusar dengan ujian hidup ini. Ayah dan ibu lah yg menyambutku kembali mengukuhkan langkah perjalanan. Tatkala mereka dilanda masalah, aku kaku terdiam xmampu apa2. Terasa tanggungjawab untuk bahagiakan mereka menolong apa yg mampu. Perjalanan aku sebagai pelajar masih jauh..

Even life is tough, they will always keep me pull it off.

Rindu dekat ibu, dan2 je jumpa ngan sorang nurse ni wajah seakan akan ibu time mude2 dulu..hahhaha
Cut the crap

Madahku untuk ibu dan ayah

Khamis, 7 November 2013

aduhai bajet 2014


Entri kali ini merupakan ulasan serta pendapat saya berkenaan belanjawan negara 2014.


Saya berpendapat bahawa BRIM ni merupakan perbelanjaan yg xmasuk akal dan menumpukan aspek kebajikan jangka pendek sahaja...perbelanjaan ini adalah lebih baik sekiranya kerajaan gunakan  untuk support org2 bumiputra ni untuk jangka mase panjang agar mereka boleh berdiri di atas kaki mereka sndiri. Dengan menyediakan peluang2 pekerjaan yg lebih telus disamping membuka peluang perniagaan yg lebih berdaya saing serta membantu usahawan yg sedia ada untuk mengembangkan dan memajukan perniagaan mereka. tidak dinafikan usaha2 sebegini telah dijalankan namun tiada kesungguhan dan ketegasan dlam melaksanakan agenda ini.
dengan adanya sistem GST yg mana dpat mningkatkan pendapatan negara dan sistem percukaian yg lebih telus,kerajaan perlu memastikan masalah penyelewengan dan ketirisan dapat diatasi bg mengurangkan defisit negara. Walaubagaimanapun, jika pendapatan negara meningkat namun kerajaan tidak memandang serius masalah rasuah dan ketirisan ini, saya anggap bahawa sistem cukai ini hanya membebankan rakyat sahaja.
Laporan ketua audit negara baru2 ini amat mendukacitakan bagi semua pihak...

Saya berharap, agenda transformasi yg dihebahkan perlu bermula Daripada peringkat pentadbiran kerajaan itu sendiri.

Walaubagaimanapun, saya yakin dengan petikan drpd 1 hadis nabi saw d mana keadilan sesuatu pemerintahan itu adalah natijah daripada ketaqwaan rakyatnya.


Jumaat, 7 Jun 2013

KEMBALI bernafas

uhuk...uhuk....uhuk...
sekian lame mnyepikan diri...mencari haluan diri.
dah nak dua tahun kot tak update apa2...
bersemak-samun, labah2 bermaharaja lela menstruktur sarangnya wey...
hang pi mana wan...lama xsinggah sini...hahahha

terlalu banyak dugaan dan ujian yang dilalui dan ku akui banyak perubahan yang telah berlaku dalam diri ni...
sebab tu la design blog ni pun da berubah wajah..

entry2 terdahulu pulak banyak yg aku da delete sebab ianya xselari dengan diri aku yang baru ni...
memang benar aku ni bukan lah personaliti yang sama sperti 2 tahun lalu...
tiada siapa yang perlu disalahkan melainkan diri sendiri atas perubahan yang drastik ni..
benar aku gagal untuk menjadi pemuda yang hebat. tetapi ada baiknya jika aku bermula dari bawah balik.

mungkin aku lebih selesa berkeadaan begini walaupun aku disifatkan telah lari dari tanggungjawab yang diamanahkan...:'( tidak mengapa, jadi saya mulakan kembali blog ini dengan buku baru, perihal catatan yang baru..dengan segala nafas baru bagi menyingkap gaya hidup saya yang baru.

biarlah orang nak kata apa tapi saya yakin, Allah maha mengetahui apa yang terjadi sebenarnya.
biarlah segala khilaf yang lama antara sy dengan Nya.

dengan lafaz bismillah... blog ini akan berubah wajah and its always me and its from me.
hahahha...cewah macam nak rasmi majlis la pulak...
should not pretend about who i am now... im mohammad azuan bin zabidi, presents this blog hocruxo...:)