Khamis, 2 Januari 2014

Adab makan

Entri kali ni tajuknya mudah.makan.
Ape juadah rakan2 hari ni? Jadi, nak diceritakan, Allah bagi kita nikmat makan. Sehari kadang-kadang kita makan sampai 3,4 kali. Jangan kita tidak tahu, jika kita makan mengikut cara sunnah Rasulullah, maka ia dikira ibadat. Nikmat makan dapat, pahala pun dapat. Macam itulah kasihnya Allah pada kita.
Untuk dapat pahala sunnah, kita kena tahu, apa yang kita buat tu adalah amalan Rasulullah. Maksudnya kita kena ade ilmu baru dapat pahala.

Kalau kita buat, tapi xtahu amalan itu sunnah Baginda, maka kita hanya dapat nikmat makan sahaja. Rugilah, dah la hari2 makan, tapi xdapat apa2 kelebihan. Kita buat sunnah Rasulullah ni bukan nak dpat pahala sahaja, tapi lebih kepada nak datangkan mood cinta kita pada Rasulullah.

SUNNAH KETIKA MAKAN
1. membasuh kedua-dua tangan sebelum dan selepas makan.
(Sunan Abi Dawud Hadtith3755)

2. duduk di atas lantai. (Bukhari Sahih Hadith5386)

3. duduk di salah satu daripada tiga postur berikut;
a) Dalam kedudukan MEMBACA TASYAHHUD (seperti dalam solat)
(Fathul Baari Hadith5399),
b) Sama seperti di atas dengan lutut kanan dibangkitkan, (Ibid;
Takhrijul Ihya Hadith1304) dan
c) Dalam postur mencangkung (Sahih Muslim Hadith5299).

4. makan dengan jari (ibu jari, telunjuk dan jari tengah). (Sahih
Muslim Hadith5265 dan Majmauz-zawaaid)

5. membaca nama Allah sebelum makan. (Bukhari Sahih
Hadith5376)

6. Makan dengan tangan kanan. (Bukhari Sahih Hadith5376)

7. makan dari bahagian yang paling dekat plat dan bukan dari
tengah-tengah. (Bukhari Sahih Hadith5376)

8. Seboleh-bolehnya, untuk makan secara kolektif dari satu
pinggan/talam. (Ibn Kathir Surah24 Aayat61; Sunan ibn Majah
Hadith3287)

9. membersihkan setiap sedikit makanan yang tertinggal di atas
pinggan dan menjilat jari sebelum membasuh mereka. (Muslim
Sahih Hadith5268)

10. Untuk membaca pelbagai du'aas Masnoon selepas makan.
Salah satu daripadanya adalah, 'Alhamdulillaahil ladhiy at'amanaa
wa saqaanaa wa ja'alanaa muslimeen'. (Sunan Abi Dawud)

SUmber : Madrassah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa,
http://www.al-inaam.com/dhadith/asunnah10.htm
(terjemahan bebas)

Hazrat Asmah radhiallahu anha telah meriwayatkan bahawa
makanan panas telah dibawa kepada Nabi salallahu alaihi
wasallam, baginda akan menutupinya hinggalah kepanasannya
hilang dan pernah bersabda bahawa terdapat keberkatan yang
banyak dalam makanan yang sejuk (Darimi, Madarijun
Nubuwwah)

Baginda Juga makan petang walaupun ia terdiri dari beberapa biji
kurma.
Baginda juga memberitahu meninggalkan makan petang
mempercepatkan umur tua. ( Tirmizi, sunan ibnu majah, Zaadul
Ma'ad)

Makan berjemaah membawa keberkatan(Abu daud)

Hazrat Ibnu Abbas radhiallahu anhu telah meriwayatkan bahawa
orang yang mengutip dan makan makanan yang terjatuh di atas
saprah(alas tempat makan), akan menjadi tampan dan mendapat anak-anak yang
cantik dan ia terlindung dari kemiskinan ( Madarijun Nubuwwah )

Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Sesiapa yang berpegang teguh
kepada sunnahku nescaya dia masuk syurga” (Riwayat
Daruquthni melalui Aisyah r.a.).

Daripada Anas .ra., Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka
dia telah mengasihiku, dan sesiapa yang mengasihiku dia akan
memasuki syurga bersama-sama aku !”

Nabi SAW yang bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang
berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada
ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati
syahid “. (Riwayat Baihaqi)

Semoga Allah bagi kita taufiq dan hidayah,untuk amalkan Sunnah Rasulullah Saw. Biar sedikit tapi istiqamah..inn syaa Allah

Rabu, 1 Januari 2014

HAWA


Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju
sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah.
gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju
lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung.
tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

****************************************************************************

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen
tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama
dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu?
menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang?
segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian?
mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas?
lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung
litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit
shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan
menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh?
nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri
bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan
pernah puas?

Baca ni ;

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup
sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan
teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga
auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah
lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang
bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu,
dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj.
Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi
bersederhanalah!~

Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau
takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang
sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT

Sabtu, 14 Disember 2013

Love

Cinta, anugerah teragung dr Allah kepada hambanya.
Bahkan haiwan yg xpunya akal juga kenal ape itu cinta.
Cinta teragung pastinya cinta Allah kepada kekasihnya, sehinggakan dunia ini dicipta semata-mata kasihnya Allah pada nur Muhammad SAW. Telah diceritakan bagaimana moyang kita Adam AS milik siapakah nama yg terletak di atas arasy Allah bersebelahan dgan nama Allah, iaitu Muhammad SAW.
cinta yg suci adalah pilihan dari Allah...

Sekian lama jasad ini menjalani kehidupan sebagai seorang hamba, kini baru aku faham ape itu cinta dr kedua ibu bapaku..
Sebelum ni mmg benar syg akan ibu dan ayah tetapi, semakin kita dewasa barulah kita faham akan nilai cinta mereka trhadap kita...

Diri ini terasa lemah, acapkali tersentak dek kegagalan malah gusar dengan ujian hidup ini. Ayah dan ibu lah yg menyambutku kembali mengukuhkan langkah perjalanan. Tatkala mereka dilanda masalah, aku kaku terdiam xmampu apa2. Terasa tanggungjawab untuk bahagiakan mereka menolong apa yg mampu. Perjalanan aku sebagai pelajar masih jauh..

Even life is tough, they will always keep me pull it off.

Rindu dekat ibu, dan2 je jumpa ngan sorang nurse ni wajah seakan akan ibu time mude2 dulu..hahhaha
Cut the crap

Madahku untuk ibu dan ayah

Khamis, 7 November 2013

aduhai bajet 2014


Entri kali ini merupakan ulasan serta pendapat saya berkenaan belanjawan negara 2014.


Saya berpendapat bahawa BRIM ni merupakan perbelanjaan yg xmasuk akal dan menumpukan aspek kebajikan jangka pendek sahaja...perbelanjaan ini adalah lebih baik sekiranya kerajaan gunakan  untuk support org2 bumiputra ni untuk jangka mase panjang agar mereka boleh berdiri di atas kaki mereka sndiri. Dengan menyediakan peluang2 pekerjaan yg lebih telus disamping membuka peluang perniagaan yg lebih berdaya saing serta membantu usahawan yg sedia ada untuk mengembangkan dan memajukan perniagaan mereka. tidak dinafikan usaha2 sebegini telah dijalankan namun tiada kesungguhan dan ketegasan dlam melaksanakan agenda ini.
dengan adanya sistem GST yg mana dpat mningkatkan pendapatan negara dan sistem percukaian yg lebih telus,kerajaan perlu memastikan masalah penyelewengan dan ketirisan dapat diatasi bg mengurangkan defisit negara. Walaubagaimanapun, jika pendapatan negara meningkat namun kerajaan tidak memandang serius masalah rasuah dan ketirisan ini, saya anggap bahawa sistem cukai ini hanya membebankan rakyat sahaja.
Laporan ketua audit negara baru2 ini amat mendukacitakan bagi semua pihak...

Saya berharap, agenda transformasi yg dihebahkan perlu bermula Daripada peringkat pentadbiran kerajaan itu sendiri.

Walaubagaimanapun, saya yakin dengan petikan drpd 1 hadis nabi saw d mana keadilan sesuatu pemerintahan itu adalah natijah daripada ketaqwaan rakyatnya.


Jumaat, 7 Jun 2013

KEMBALI bernafas

uhuk...uhuk....uhuk...
sekian lame mnyepikan diri...mencari haluan diri.
dah nak dua tahun kot tak update apa2...
bersemak-samun, labah2 bermaharaja lela menstruktur sarangnya wey...
hang pi mana wan...lama xsinggah sini...hahahha

terlalu banyak dugaan dan ujian yang dilalui dan ku akui banyak perubahan yang telah berlaku dalam diri ni...
sebab tu la design blog ni pun da berubah wajah..

entry2 terdahulu pulak banyak yg aku da delete sebab ianya xselari dengan diri aku yang baru ni...
memang benar aku ni bukan lah personaliti yang sama sperti 2 tahun lalu...
tiada siapa yang perlu disalahkan melainkan diri sendiri atas perubahan yang drastik ni..
benar aku gagal untuk menjadi pemuda yang hebat. tetapi ada baiknya jika aku bermula dari bawah balik.

mungkin aku lebih selesa berkeadaan begini walaupun aku disifatkan telah lari dari tanggungjawab yang diamanahkan...:'( tidak mengapa, jadi saya mulakan kembali blog ini dengan buku baru, perihal catatan yang baru..dengan segala nafas baru bagi menyingkap gaya hidup saya yang baru.

biarlah orang nak kata apa tapi saya yakin, Allah maha mengetahui apa yang terjadi sebenarnya.
biarlah segala khilaf yang lama antara sy dengan Nya.

dengan lafaz bismillah... blog ini akan berubah wajah and its always me and its from me.
hahahha...cewah macam nak rasmi majlis la pulak...
should not pretend about who i am now... im mohammad azuan bin zabidi, presents this blog hocruxo...:)

Jumaat, 18 November 2011

sejenak coretan ringkasku...

bismillahirrahmanirrahim....
ingatkan nak karang bnda ni lpas abis cuti...
ape kan daya...minggu ni sgt bz dgan assignment and test...


kali ini sy sgt teruja nak ceritakan ape yg telah brlaku sepanjang mingguku di kampung halaman...

pd subuh pertama sy di kampung..
masa 2 agak kelam kabut...
coz sbuh di johor ni agak awal sedikit....bersiap2 lantas keluar dr rumah...
agak terkejut bila dapati motorsikal ayah tiada... selepas itu baru sy perasaan ayah pun xda...
mana la pulak ayahku ni... sy pun mncapai mountain bike adik lalu meluru ke surau dgan memakai kain pelikatnye....(rasa mcm nak tertanggal kain ni ha...)huh..lega coz solat subuh belum dimulakan lg...
setelah selesai solat...aku pulang ke rumah...ketika 2 ibuku berada di dapur mnyiapkan sarapan...
lantas aku bertanya perihal ayah... selepas ibu mnceritakan apa yg trjadi, sebak hatiku...
air mata xdpt kutahan lg...hanya ucapan alhamdulillah yg mmpu kuucap...
kini, ayahku sering berjemaah di surau dan boleh dikatakan setiap waktu solat dia berada di surau...
syukurku tidak terhingga kpd Allah kerana mmperkenankan doaku....
sesungguhnya Allah mmberi petunjuk kpd sesiapa yg dikehendakiNya dan menyesatkan sesiap yg dikehendakiNya... byak kulihat perubahan dlm kampungku...

di waktu mlam hati ku terusik...luluh hatiku melihat sekumpulan besar wanita di kampungku melalkukan aktiviti senamrobik ataupun poco2...ya Allah! di malam hari...kebnyakannya da berusia...:'(
ku lihat remaja prempuan di kampungku juga sudah hilang malunya...berjalan di luar rumah untuk ke kedai hanya memakai seluar pendek?!??! menghela nafas pnjang melihat gelagat mereka....

pd hari Isnin, sy dan 3 rakan sekolah menengah yg lain menaiki kereta menuju ke melaka untuk menziarahi
guru kami yg pulang brhari raya...lama tidak brjmpa dgannya...kerana dia kini brtugas di ipoh...
dan ketika pulang dr rumahnya...kami trlibat dalam kemlngan.namun hanya kereta yg tercedera bukan kami... alhamdulillah guru kami dtg mnyelesaikan msalah trsebut,,,
petang 2 kami prgi ke pntai klebang untuk brmain layang2...seakan budak2 kami ni berlari2 main lyang2 tu...
hehehehe... mcm 2 la ukhwah kami berempat yg masih terjalin erat walaupun kian lama mnmatkan persekolahan...


*post kali ini sngaja dicoretkan kisahku agar 1 mase kelak sy dpt recall balik kenangan ni...
xlupe jgak nikmat yg sy rasakan akibat perubahan drastik yg brlaku kpd keluargaku...
bukan kemewahan yg kupinta...tetapi hanyalah agama dan keredhaan Allah yg memasuki rumahku...^_^