Rabu, 1 Januari 2014

HAWA


Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju
sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah.
gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju
lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung.
tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

****************************************************************************

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen
tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama
dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu?
menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang?
segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian?
mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas?
lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung
litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit
shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan
menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh?
nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri
bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan
pernah puas?

Baca ni ;

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup
sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan
teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga
auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah
lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang
bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu,
dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj.
Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi
bersederhanalah!~

Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau
takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang
sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT

0 ulasan:

Catat Ulasan