Khamis, 7 November 2013

aduhai bajet 2014


Entri kali ini merupakan ulasan serta pendapat saya berkenaan belanjawan negara 2014.


Saya berpendapat bahawa BRIM ni merupakan perbelanjaan yg xmasuk akal dan menumpukan aspek kebajikan jangka pendek sahaja...perbelanjaan ini adalah lebih baik sekiranya kerajaan gunakan  untuk support org2 bumiputra ni untuk jangka mase panjang agar mereka boleh berdiri di atas kaki mereka sndiri. Dengan menyediakan peluang2 pekerjaan yg lebih telus disamping membuka peluang perniagaan yg lebih berdaya saing serta membantu usahawan yg sedia ada untuk mengembangkan dan memajukan perniagaan mereka. tidak dinafikan usaha2 sebegini telah dijalankan namun tiada kesungguhan dan ketegasan dlam melaksanakan agenda ini.
dengan adanya sistem GST yg mana dpat mningkatkan pendapatan negara dan sistem percukaian yg lebih telus,kerajaan perlu memastikan masalah penyelewengan dan ketirisan dapat diatasi bg mengurangkan defisit negara. Walaubagaimanapun, jika pendapatan negara meningkat namun kerajaan tidak memandang serius masalah rasuah dan ketirisan ini, saya anggap bahawa sistem cukai ini hanya membebankan rakyat sahaja.
Laporan ketua audit negara baru2 ini amat mendukacitakan bagi semua pihak...

Saya berharap, agenda transformasi yg dihebahkan perlu bermula Daripada peringkat pentadbiran kerajaan itu sendiri.

Walaubagaimanapun, saya yakin dengan petikan drpd 1 hadis nabi saw d mana keadilan sesuatu pemerintahan itu adalah natijah daripada ketaqwaan rakyatnya.