Khamis, 2 Januari 2014

Adab makan

Entri kali ni tajuknya mudah.makan.
Ape juadah rakan2 hari ni? Jadi, nak diceritakan, Allah bagi kita nikmat makan. Sehari kadang-kadang kita makan sampai 3,4 kali. Jangan kita tidak tahu, jika kita makan mengikut cara sunnah Rasulullah, maka ia dikira ibadat. Nikmat makan dapat, pahala pun dapat. Macam itulah kasihnya Allah pada kita.
Untuk dapat pahala sunnah, kita kena tahu, apa yang kita buat tu adalah amalan Rasulullah. Maksudnya kita kena ade ilmu baru dapat pahala.

Kalau kita buat, tapi xtahu amalan itu sunnah Baginda, maka kita hanya dapat nikmat makan sahaja. Rugilah, dah la hari2 makan, tapi xdapat apa2 kelebihan. Kita buat sunnah Rasulullah ni bukan nak dpat pahala sahaja, tapi lebih kepada nak datangkan mood cinta kita pada Rasulullah.

SUNNAH KETIKA MAKAN
1. membasuh kedua-dua tangan sebelum dan selepas makan.
(Sunan Abi Dawud Hadtith3755)

2. duduk di atas lantai. (Bukhari Sahih Hadith5386)

3. duduk di salah satu daripada tiga postur berikut;
a) Dalam kedudukan MEMBACA TASYAHHUD (seperti dalam solat)
(Fathul Baari Hadith5399),
b) Sama seperti di atas dengan lutut kanan dibangkitkan, (Ibid;
Takhrijul Ihya Hadith1304) dan
c) Dalam postur mencangkung (Sahih Muslim Hadith5299).

4. makan dengan jari (ibu jari, telunjuk dan jari tengah). (Sahih
Muslim Hadith5265 dan Majmauz-zawaaid)

5. membaca nama Allah sebelum makan. (Bukhari Sahih
Hadith5376)

6. Makan dengan tangan kanan. (Bukhari Sahih Hadith5376)

7. makan dari bahagian yang paling dekat plat dan bukan dari
tengah-tengah. (Bukhari Sahih Hadith5376)

8. Seboleh-bolehnya, untuk makan secara kolektif dari satu
pinggan/talam. (Ibn Kathir Surah24 Aayat61; Sunan ibn Majah
Hadith3287)

9. membersihkan setiap sedikit makanan yang tertinggal di atas
pinggan dan menjilat jari sebelum membasuh mereka. (Muslim
Sahih Hadith5268)

10. Untuk membaca pelbagai du'aas Masnoon selepas makan.
Salah satu daripadanya adalah, 'Alhamdulillaahil ladhiy at'amanaa
wa saqaanaa wa ja'alanaa muslimeen'. (Sunan Abi Dawud)

SUmber : Madrassah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa,
http://www.al-inaam.com/dhadith/asunnah10.htm
(terjemahan bebas)

Hazrat Asmah radhiallahu anha telah meriwayatkan bahawa
makanan panas telah dibawa kepada Nabi salallahu alaihi
wasallam, baginda akan menutupinya hinggalah kepanasannya
hilang dan pernah bersabda bahawa terdapat keberkatan yang
banyak dalam makanan yang sejuk (Darimi, Madarijun
Nubuwwah)

Baginda Juga makan petang walaupun ia terdiri dari beberapa biji
kurma.
Baginda juga memberitahu meninggalkan makan petang
mempercepatkan umur tua. ( Tirmizi, sunan ibnu majah, Zaadul
Ma'ad)

Makan berjemaah membawa keberkatan(Abu daud)

Hazrat Ibnu Abbas radhiallahu anhu telah meriwayatkan bahawa
orang yang mengutip dan makan makanan yang terjatuh di atas
saprah(alas tempat makan), akan menjadi tampan dan mendapat anak-anak yang
cantik dan ia terlindung dari kemiskinan ( Madarijun Nubuwwah )

Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Sesiapa yang berpegang teguh
kepada sunnahku nescaya dia masuk syurga” (Riwayat
Daruquthni melalui Aisyah r.a.).

Daripada Anas .ra., Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka
dia telah mengasihiku, dan sesiapa yang mengasihiku dia akan
memasuki syurga bersama-sama aku !”

Nabi SAW yang bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang
berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada
ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati
syahid “. (Riwayat Baihaqi)

Semoga Allah bagi kita taufiq dan hidayah,untuk amalkan Sunnah Rasulullah Saw. Biar sedikit tapi istiqamah..inn syaa Allah

Rabu, 1 Januari 2014

HAWA


Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju
sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah.
gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju
lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung.
tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

****************************************************************************

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen
tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama
dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu?
menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang?
segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian?
mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas?
lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung
litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit
shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan
menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh?
nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri
bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan
pernah puas?

Baca ni ;

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup
sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan
teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga
auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah
lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang
bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu,
dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj.
Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi
bersederhanalah!~

Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau
takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang
sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT